UncategorizedJanuary 31, 2007 1:43 pm

Bila balik kg, antara saat2 indah dengan mak ialah masa memasak. Dapur jadi medan kami bergurau senda, bercerita, peluk cium sambil kacau lauk dan macam2 aksi mesra lagi. Kali ni, mak suruh aku masak kari. Bukan aku tak reti, tapi mak selalu tanya, bawang dah kuning? rempah dah garing? gitu lah. So, kali ni sekali lagi mak mengingatkan aku bila aku patut masukkan rempah. Contoh yang mak bagi buat aku gelak.

"Tumis rencah tu sampai naik bau. Agak - agak bau tu dah sampai tepi jalan, baru masukkan rempah".

Cam iklan minyak cap buruh pulak kan. Aku pun tak kurang loyar buruk ni. Heheh..

"Camne kita nak tau bau tu dah sampai tepi jalan ke belum mak, kita kat dapur nih." dengan muke inesen.

*Gelak gelak*

Hari Isnin, mak puasa. So aku la masak. Aku masak daging masak merah dan sup sayur + cendawan. Lepas berbuka puasa, mak cakap, "hari ni semua yg kau masak sedap". Yahooooooo…emoticon best nya sesekali kena puji dgn mak ni kan. Kembang semangkuk jadi nya.

UncategorizedJanuary 26, 2007 8:58 am

TGIF. Thank God its Friday. Lega i got over my angau oredi emoticon. Lega the meeting tht i dreaded to attend went over smoothly. Lega the birthday party organized for a friend went well. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik utk minggu ini.

Ada bende2 yang i wish i didn’t do this week or maybe could have done it better. Hmm.. sumtimes i wish i could just shut my mouth up. But aku tak sabar gak kdg2 tengok kalau benda tu boleh dibuat dgn cepat tapi jadi lembab. Aku tak sabar, bila rasa org cam nak pijak kepala aku. Aku tak sabar, kerana kesabaran dan komitmen aku membuatkan aku jadi easy target utk disuruh buat keja. Sungguh aku geram. Dan kadang2 geram aku tu membuat aku buka mulut. Tak pedas tapi tegas. Hmm.. yang tak best nya.. walaupun aku jarang2 marah, tapi bila aku buka mulut sekali sekala.. aku sendiri rasa tak best. Ishhh… tak patut kan. I’m supposed to stand up for myself, ain’t i? Yea, i should. I just have to brush up the skill in doing it nicely and feel nice about it later too.

Was talking to a friend  some time ago about tabung perkahwinan. Kami diskas pasal org bujang sekarang memang kena menabung utk kawin walaupun masa tu dia takde gf atau bf. Walaupun masa tu dia tgh frust giler, rasa dia takkan kawin sampai bila2. Walaupun masa tu dia rasa dia takkan jumpa calon sesuai, walaupun dan walaupun la kan… ‘Tabung Kawin’ ni kdg2 tak terpikir oleh kita. Ye la, dlm masyarakat Melayu moden skang ni pun, kadang2 bila kata kita nak buat tabung kawin pun dilihat seolah2 kita perasan beriya2 nak kawin..sedangkan belum tentu ade org nak kat kita..   Tapi realitinya akan menghentam  bila tiba2 kita dpt calon utk kawin dan tengok2 akaun bank kita tak meriah. Sakit la jiwa time tu kan, bila rindu tak tertahan, tapi hubungan yang nak dihalalkan tu perlukan sumber kewangan. Dan biasanya..memang banyak la nak dipakaikan. So, idea ‘Tabung kawin’ tu memang relevan la sebab kita takde kawan Doraemon yg tiba2 boleh …Ping!!! …."tabung perkahwinan yang penuh.."    kan?

Aku nak balik kampung petang ni. Yahoo…KL here i come! Aku akan cuti Isnin dan Selasa. Rabu pulak petang baru aku keje. Khamis cuti Thaipusam. So, Jumaat keje satu hari then..its weekend again. Owwhh.. what a Bliss!

Kita jumpa lagi. Nice weekend uols!

UncategorizedJanuary 23, 2007 9:12 am

Nak makan pun malas. Nak update pun malas. Sejak berjumpa sekejap weekend lalu, semalam aku rasa just nak lock myself in the room, lie down and think of him saja.

Cant take my mind off him. Jalan kat dalam opis or luar opis pun dok tahan senyum aje, mana boleh jadi camnih.

Apa kan daya, nasib la badan, dapat jumpa sekali sekala aja. Dan bulan November pun terasa masih terlalu jauhhhhhh..

UncategorizedJanuary 19, 2007 7:40 am

Masa sekolah dulu, walaupun tinggal asrama, masih dekat Selangor. Bila masuk matrik di KL masih dekat ngn umah mak. Bila masuk U pun boleh juga balik selalu ke kg. Mak pun takde la risau sangat. Kalau balik pun, masih juga berdepan dengan cara mak yang tak suka sangat aku keluar kesana sini dengan bebas. Masa tu darah muda, nak rasa kebebasan, nak keluar ngn kawan2, nak enjoy2. Hmm.. jarang2 benar dpt kebenaran, kalau ade pun dgn kawan2 yg mak aku dah kenal yang dtg umah tunjuk muka ajak keluar. Itu lah mak. Pernah sekali aku cakap pada dia, " mak control sangat, nanti silap2 B kena keje jauh dari mak, masa tu mak kena gak lepaskan B". Dia kata dia tak risau, mesti aku keje KL je.

Masa berlalu, lepas abis buat Ma. aku dpt tpt di Penang. Mak sudah saspen. Mula2 dilarang jugak aku pegi. Lama2 setelah dipujuk, redha juga dia. Tapi balik dari hantar aku di Penang, sebulan dia bermenung kat rumah, kata kakak aku. Risau dia aku sorang di Penang ni, tempat baru, jauh pulak tu. Lama-lama mak dpt biasakan diri dengan situasi ini. Mungkin awal2 tu, dia takleh terima. Takde anak pempuan dia yg duk jauh2 sorang sebelum kawin cam aku. Aku yg bongsu ni je yg bannnnyakkk sangat lain nya.

Malam tadi, tiba2 aku rasa rindu sangat ngan mak. Aku check last aku balik kg masa thn baru aritu. Kira2 17 hari yg lalu. Tapi kenapa rasa rindu ni membuak2 sangat. Ditambah pulak malam tadi aku pikir macam2. AKu pikir nanti kalau dah kawin, aku balik KL tapi tak boleh lagi lepak lama2 umah mak. Tanggungjawab masa tu dah berubah kepada org lain. Aku pikir lepas kenduri nanti sapa nak tolong mak kemas umah. Aku pikir time aku dgn mak yang mmg terhad ni akan bertambah limited. Aku jadi sedih sangat2 sampai nangis2. Sudahnya aku tak boleh tido. Aku nak call mak, tapi dah pukul 11.30mlm. Nanti kacau dia plak. Hmm… pilunya hati.

Malam tadi aku rasa cam taknak kawin pulak.

Pagi ni, cepat2 aku call dia. Aku cakap aku rindu kat dia. Mak tak berapa dengar. Mak ingat aku cakap aku rindu kat tunang. Aku ulang balik, aku cakap aku rindu kat dia. Mak gelak dan suara dia jadi suara yang paling sedap didunia. Dari suara dia tu aku boleh rasa dia seronok. Masa tu suara mak umpama suara kekasih yang kau tak dengar bertahun. Umpama air yang dpt diminum setelah berpanas di gurun…

UncategorizedJanuary 18, 2007 6:41 am

Memang masalah kalau pejabat berkongsi toilet antara staf dan students. Toilet selalu penuh, tersumbat, tak flush, busuk dan kotor. Mujurla ade makcik2 cleaners yang rajin dan kerja ikut jadual membersihkannya.

Pada satu hari yang indah, perut terasa nak pegi toilet. Tapi toilet tutup dan berkunci dengan signboard ‘cleaning in progress’. Bila lalu lagi 1 jam kemudian masih lagi berkunci. Aku pun naik ke toilet tingkat atas. Jumpa makcik cleaner lain dan tanya kenapa toilet bawah cuci lama sangat.

Pagi yang nyaman keesokan harinya diserikan lagi dengan huraian lanjut Aci cleaner yang bertugas pada waktu toilet dikunci.

” Ini Cik, semalam, bukan aku saja mau kunci toilet. Selalu aku tarak kunci itu students masuk juga. Dorang berak aku tak tahan la mau bikin kerja.  emoticonBau busuk, aku mau muntah. Itu pasal aku kunci. Tapi kalau Cik pegawai ka mau masuk selalu aku bagi juga. Kalau pegawai tarak apa la.. Sori ha..itu semalam aku cuci sudah kunci”

Aku diam aje dengar explanation dia sambil angguk2 kepala. Dalam hati aku kata, ooo kalau camtu, pegawai berak bau wangi la ye?

Kot ye la pun nak ampu pegawai, biarlah berpada2.

Hehehe.. wangi lagi.emoticon

UncategorizedJanuary 16, 2007 5:35 am

Ada sorang kenalan lama yg muncul masa aku dekat nak bertunang aritu. Dia nak kabarkan dia bakal kawin tk lama lagi. Dia seorang perempuan. Aku pun gembira utk dia.

Masalahnya ialah, sejak dari hari aku balas sms dia, dia asik sms aku bercerita itu ini tentang perasaan dia (ok la.. aku leh terima), tentang ape yang dia baca sebagai persediaan nak kawin (dia suh aku baca buku Permata yang Hilang..uhuk uhuk.. emoticonpun aku leh terima lagi, sebab aku memang keje dengan buku), tentang ke-stim-an dia (ohh..tidakkkkkkkemoticon), tentang ke-horny-an dia pulak (ohhhh… tidakkkkkkkemoticon), tentang ape yg dia nak buat lepas kawin (mati la akuemoticon). Arghh…. tension nya. Sumpah aku lom pernah jumpa lagi kawan pempuan aku yg camni. Padahal kami bukanlah rapat sangat. Walau pun aku tak jawab sms dia, dia akan tetap sms aku. Bercerita. Arghhh….emoticon

Semalam petang dia sms lagi. Dia kata dah petang ni boleh la send sms2 gitu. MOTIFFF KAU? KAU HORNY KE BILA PETANG2? PEGI LA JOGING ke…sms aku tanya breast aku size brapa buat apeeeee??emoticon

Huwaaa.. kenapa aku harus di harass sebegini. Aku sampai ‘mute’ kan phone skang ni bila tido malam. Sebab sampai kul 1 pagi aku masih terima sms dia yg tengah horny la, basah la dan ntah ape sampah lagi. Masalah betul kalau ade ape2 hal emergency dari kampung dan aku tido tak dengar bunyi phone.

Sumpah aku tak penah jumpa org camni. Mujurlah dia nak kawin dah bulan 2 nih. Moga terlampias segala hasrat dihati. TAPI… dia kata dia nak citer kat aku ape yang dia buat nanti.

Tak ke kau rasa nak pitam?

UncategorizedJanuary 15, 2007 8:59 am

Setelah menemui kegagalan dalam bercinta, aku putus harap. Tak ada lagi orang lain yg akan jadi teman aku. Kalau ada pun maybe masa tu umur aku 40thn.  Umpama pintu yg telah tertutup, aku duduk merenungnya saja. Lama..  Hingga satu hari, aku diberitahu ada satu pintu yg terbuka. Mahu kah aku mencuba memasukinya. Setelah lama menimbang2, berfikir2.. hari ini aku rasa bersyukur aku pilih utk masuk. Aku terima utk mengenali dia setelah diperkenalkan oleh keluarga. Dan setelah 6 bulan, kami pun bertunang.  Sekarang aku happy menunggu saat2 bahagia. Nampak macam simple tapi kalau difikirkan ape yg telah dilalui.. Hmm…Tuhan sajalah yg tahu. 

Kelmarin aku tanya dia. Soalan yang selalu ditanyakan oleh orang2 yg sedang bercinta. Sebab kadang2 aku wonder how could it be this way. Setelah bersusah payah, bila kau dapat ape yg kau nak, kau tanya pulak apesal kau untung sangat? Ish… perempuan!

"Why do u love me"? 

" I dont want to tell u yet. Suffice to say that i love u and coz of that I wanna marry u."

 Perempuan dan tak puas hati kan? Aku tanya lagi..

" Ye la but why"?

"U sweet, i suka cara u. Yg lain2 tu biarlah i aja yg tau, kalau cakap nanti macam ilang magic la"

"Aik, tu aje? I ni.. begini, begitu.. bla bla tak ramping cam siti nurhaliza (sebelum or sesudah kawin..) i nak kena diet, kulit tak sehalus sutera, bla bla.. nanti u tak suka i .. bla bla"

Usaha tangga kejayaan kan. Rahsia terbongkar. jeng jeng jeng..

"To me tht’s not a problem, bagi i u ok aje.. i like big size gal".

Woooohooo .. aku rasa cam nak buat sommersault.

"Really, yang?" ahahah aku gelak , gelak, gelak lagi..

"Tu la i tak nak cakap, nanti u gelakkan i"

Dia tatau aku gelak sebab lega dan gumbira tak terkata..emoticon

"Ada lagi.. tapi i tak nak bagitau u.."

Eiii.. lelaki mesti nak menang kan.

UncategorizedJanuary 12, 2007 2:16 am

Pagi yang suram. Alarm clock aku dah lama rosak. Aku bangun alhamdulillah pada waktu biasa setiap pagi. Cuma pagi ini aku perlu bangun seawal 5.30am utk bersiap2 nak pegi awal kerumah kawan yg bakal kawin esok. Kawan aku yg nak ikut sama, setelah tunda waktu pagi tu, tetiba kata kensel tak jadi pegi. Arghhh…. tensi, sedih, geram dengan org yg tak boleh buat keputusan dan tak reti pegang pada janji nih. Oleh kerana tempat tu jauh, aku pun cuak nak drive sorang2. Aku call bakal pengantin beritau aku dtg esok aja konvoi dgn orang2 lain. Aku call bos 8.40am, beritau aku kensel cuti dan akan dtg opis.

Punya la tak seronok rasa dihati. On the way pegi keje, Radio pun aku tak buka pagi ni. Tapi, aku ternampak sesuatu di belakang kereta depan aku. Eh, ape pulak yang tergantung kat bumbung sampai ke cermin belakang tu? Oooohhhh hahahahahahahahahahahahahaha. Bra sape la yang jatuh dari apartment mana2 dan tersadai atas kereta org tu. Aku follow dari belakang sambil tersengih. Bra melihat dunia telah menceriakan pagi aku semula.

UncategorizedJanuary 11, 2007 4:20 am

Bila kita nak lari dari sesuatu rasa yang tak enak, kita akan lebih fokus  atau mengalih tumpuan kita kepada satu bende/keje lain yang membuatkan kita rasa enak. Jadi, Aku pun pulun statistik diawal tahun buat kerja hakiki sebaik mungkin. Ditengah2 keasyikan ini, tiba2 aku perasan semua nombor yang diberikan oleh staf yang seorang ni silap belaka. Geram. Geram sangat sebab semua hasil kerja aku kena direview semula. Bila dah masuk gear 4 dan tetiba kena buat emergency break, memang rasa macam nak menghamun aje. Aku call tempat staf tu, dah pukul 10pagi, dikatakan dia tak masuk keje lagi. Berasaaapppp…

Semalam, jumpa bos dalam bilik dia. Lepas aku keluar, dia menuruti aku sampai ke bilik. Dia tanya aku pakai perfume ape. Aku beritahu dia CK Euphoria. Dia cakap sedap baunya, dan mengaku sebagai  penggemar perfume juga. Kalau dengar citer staf2 lain pasal ke-cengilan dia, aku tak caya dia boleh ngaku kat aku pasal perfume kegemaran dia. Hohoh..

Ada staf seorang lagi yang memang hantu perfume. Kdg2 suka berbincang dengan aku kat mana tempat beli perfume, jenis dan jenama. Bila aku tukar perfume, dia antara yang berani jumpa aku tanya aku pakai wangian apa. Kelmarin, dia kata "Cik, sepanjang 6 tahun Cik kat sini, inilah bau yang paling sedap sekali".

Arghh..!! aku rasa nak masuk bawah meja.

UncategorizedJanuary 9, 2007 12:14 pm

Lari. Aku pilih perkataan lari jadi tajuk blog. Aku lari sebab aku rimas org2 yg kenal aku baca blog aku. Aku rasa tak bebas meluah rasa. Aku tak kisah org yg tak kenal aku baca blog aku. No hal. :D

Aku akan teruskan menulis. Bukan gah mana. But cukup la dpt meluah rasa. Idup aku ok je. Dan aku nak lapang dada bercerita mengenainya atau ape2pun jua.