Pagi yang suram. Alarm clock aku dah lama rosak. Aku bangun alhamdulillah pada waktu biasa setiap pagi. Cuma pagi ini aku perlu bangun seawal 5.30am utk bersiap2 nak pegi awal kerumah kawan yg bakal kawin esok. Kawan aku yg nak ikut sama, setelah tunda waktu pagi tu, tetiba kata kensel tak jadi pegi. Arghhh…. tensi, sedih, geram dengan org yg tak boleh buat keputusan dan tak reti pegang pada janji nih. Oleh kerana tempat tu jauh, aku pun cuak nak drive sorang2. Aku call bakal pengantin beritau aku dtg esok aja konvoi dgn orang2 lain. Aku call bos 8.40am, beritau aku kensel cuti dan akan dtg opis.
Punya la tak seronok rasa dihati. On the way pegi keje, Radio pun aku tak buka pagi ni. Tapi, aku ternampak sesuatu di belakang kereta depan aku. Eh, ape pulak yang tergantung kat bumbung sampai ke cermin belakang tu? Oooohhhh hahahahahahahahahahahahahaha. Bra sape la yang jatuh dari apartment mana2 dan tersadai atas kereta org tu. Aku follow dari belakang sambil tersengih. Bra melihat dunia telah menceriakan pagi aku semula.
