Setelah menemui kegagalan dalam bercinta, aku putus harap. Tak ada lagi orang lain yg akan jadi teman aku. Kalau ada pun maybe masa tu umur aku 40thn.  Umpama pintu yg telah tertutup, aku duduk merenungnya saja. Lama..  Hingga satu hari, aku diberitahu ada satu pintu yg terbuka. Mahu kah aku mencuba memasukinya. Setelah lama menimbang2, berfikir2.. hari ini aku rasa bersyukur aku pilih utk masuk. Aku terima utk mengenali dia setelah diperkenalkan oleh keluarga. Dan setelah 6 bulan, kami pun bertunang.  Sekarang aku happy menunggu saat2 bahagia. Nampak macam simple tapi kalau difikirkan ape yg telah dilalui.. Hmm…Tuhan sajalah yg tahu. 

Kelmarin aku tanya dia. Soalan yang selalu ditanyakan oleh orang2 yg sedang bercinta. Sebab kadang2 aku wonder how could it be this way. Setelah bersusah payah, bila kau dapat ape yg kau nak, kau tanya pulak apesal kau untung sangat? Ish… perempuan!

"Why do u love me"? 

" I dont want to tell u yet. Suffice to say that i love u and coz of that I wanna marry u."

 Perempuan dan tak puas hati kan? Aku tanya lagi..

" Ye la but why"?

"U sweet, i suka cara u. Yg lain2 tu biarlah i aja yg tau, kalau cakap nanti macam ilang magic la"

"Aik, tu aje? I ni.. begini, begitu.. bla bla tak ramping cam siti nurhaliza (sebelum or sesudah kawin..) i nak kena diet, kulit tak sehalus sutera, bla bla.. nanti u tak suka i .. bla bla"

Usaha tangga kejayaan kan. Rahsia terbongkar. jeng jeng jeng..

"To me tht’s not a problem, bagi i u ok aje.. i like big size gal".

Woooohooo .. aku rasa cam nak buat sommersault.

"Really, yang?" ahahah aku gelak , gelak, gelak lagi..

"Tu la i tak nak cakap, nanti u gelakkan i"

Dia tatau aku gelak sebab lega dan gumbira tak terkata..emoticon

"Ada lagi.. tapi i tak nak bagitau u.."

Eiii.. lelaki mesti nak menang kan.