Bila balik kg, antara saat2 indah dengan mak ialah masa memasak. Dapur jadi medan kami bergurau senda, bercerita, peluk cium sambil kacau lauk dan macam2 aksi mesra lagi. Kali ni, mak suruh aku masak kari. Bukan aku tak reti, tapi mak selalu tanya, bawang dah kuning? rempah dah garing? gitu lah. So, kali ni sekali lagi mak mengingatkan aku bila aku patut masukkan rempah. Contoh yang mak bagi buat aku gelak.

"Tumis rencah tu sampai naik bau. Agak - agak bau tu dah sampai tepi jalan, baru masukkan rempah".

Cam iklan minyak cap buruh pulak kan. Aku pun tak kurang loyar buruk ni. Heheh..

"Camne kita nak tau bau tu dah sampai tepi jalan ke belum mak, kita kat dapur nih." dengan muke inesen.

*Gelak gelak*

Hari Isnin, mak puasa. So aku la masak. Aku masak daging masak merah dan sup sayur + cendawan. Lepas berbuka puasa, mak cakap, "hari ni semua yg kau masak sedap". Yahooooooo…emoticon best nya sesekali kena puji dgn mak ni kan. Kembang semangkuk jadi nya.