Bila balik kg, antara saat2 indah dengan mak ialah masa memasak. Dapur jadi medan kami bergurau senda, bercerita, peluk cium sambil kacau lauk dan macam2 aksi mesra lagi. Kali ni, mak suruh aku masak kari. Bukan aku tak reti, tapi mak selalu tanya, bawang dah kuning? rempah dah garing? gitu lah. So, kali ni sekali lagi mak mengingatkan aku bila aku patut masukkan rempah. Contoh yang mak bagi buat aku gelak.
"Tumis rencah tu sampai naik bau. Agak - agak bau tu dah sampai tepi jalan, baru masukkan rempah".
Cam iklan minyak cap buruh pulak kan. Aku pun tak kurang loyar buruk ni. Heheh..
"Camne kita nak tau bau tu dah sampai tepi jalan ke belum mak, kita kat dapur nih." dengan muke inesen.
*Gelak gelak*
Hari Isnin, mak puasa. So aku la masak. Aku masak daging masak merah dan sup sayur + cendawan. Lepas berbuka puasa, mak cakap, "hari ni semua yg kau masak sedap". Yahooooooo…
best nya sesekali kena puji dgn mak ni kan. Kembang semangkuk jadi nya.

seronok bangat kamu kena puji.hehe.sy pun masak sedap tau!
Comment by zwitterion — January 31, 2007 @ 11:57 pm
huiii…sampai peluk cium kat dapoq nih….
manja betoi:D
Comment by 13may — February 1, 2007 @ 2:33 am
haa.. boleh la kawin esok. hehe
Comment by lindosh — February 1, 2007 @ 3:20 am
masak sedap? huloq mai kat sini sket.. nak rasa gak..
Comment by orochi — February 2, 2007 @ 2:06 am
wah … sedap
Comment by azer — February 2, 2007 @ 6:53 am
itu tanda dah boleh kawin maaa
Comment by naylah — February 2, 2007 @ 7:13 am