UncategorizedFebruary 28, 2007 2:37 am

Aku dah ber belly dancing. Huwaaa emoticonsusah upernye nak goyangkan pinggul tu babe. Kau hengat senang. Kena pulak kalau pinggang kau besar sikit dari sepemeluk kan. Ishh.. Bila cikgu (sexyyy ya amatz occay.. )..suh gelek ke kanan..ok lagi. Tapi bila dia suh buat teknik yg sama belah kiri…FAIL! Jenuh la.. rasa nak patah pinggang. Ape2 pun aku kagum sungguh la, cikgu aku Michelle cam Shakira oooo.

Semalam, sessi Sculpt and Tone plak. Guna bola yg besar tu. Best jugak, sesuai utk orang2 yg nak low impact exercise gitu. Tapi menjelang nak abis sessi, aku rasa cam nak mati emoticon. Huwaaa lagi sekali. Masa balik, angin bertiup kuat. Aku rasa cam tak berjalan.. aku float. Aku drive keta pun cam nak pengsan. Balik umah terus flat. Himself smsed and asked how is it going. Aku cakap..kalau tunang u tak slim u jangan marah la. Dia kata tak.. bertambah suka kot. Aku tergelak dan tergolek depan hall.

Pagi nih, aku jalan cam hantu dalam citer Ju on. Sakit oii otot2 segala.

UncategorizedFebruary 26, 2007 8:34 am

Penat berlawan dengan diri. Bercakap tak henti2 pikiran aku nih. I know i have to do something about myself. I have a very healthy appetite these days, sinfully healthy. Dan dalam masa sebulan ni, aku rasa aku telah membelon.. aku senang hati agaknye, aku nak makan itu ini, aku sukeee nak makan bende2 manis dan aku cuma nak balik dan lepak depan tv. Aku perasan baju dah mula rasa ketat2 sket. Tiap kali aku lalu tepi padang, mata aku melirik kat track, aku rasa nak pegi jogging, aku rasa nak turun main tennis balik, aku rasa nak buat Salsa semula. Tapi semua tu aku takat rasa aje. Nak menggerakkan badan tidak jugak, and my triceps are sagging. Arggh.. I think i’m damned tapi sebab aku maleh nak buat something yet, so i’m double damned.

There’s this gym nearby i’ve been eyeing for quite sometime. 2 weeks b4 V day i called and asked about the fees and what activities they have there. 1 day after V day, i went to check out the place with Himself. I found out:  tak mahal, no limit utk menggunakannya, free to join any dance/aerobic/yoga class, on the way to my house, pleasant environments, friendly staffs. I signed up. I said i’ll start after CNY and i never did until yesterday when i’ve confronted the ‘NoNeedToExerciseDemon’ in me who wants me to stay fat and feel bad about myself. I began to wrestle with the ‘demon’ on Saturday when i dragged myself to QB malls and get a good sports bra and socks for a start. I gave my Adidas a kiss  squeez and softly whisper, sorry i’ve been abandoning u for quite sometime now but please help me get thru this again. Then yesterday morning, after doing some Watchhaaa action infront of the mirror and kick the demon in the shin, CIK LARI finally WENT TO THE GYM. heheh.

It turned out to be a pleasant 1st class for me. Darren the guy whom i talked to were there and explained to me on how to use the equipments. He’s very helpful, nice and have a voice like a deejay or even better than most deejays. I tried some of them, make myself sweat a lil’. Tonite, there is Hatha yoga and Bellydancin’. And i’m definitely going!

Uncategorized 12:17 am

If aku nak buat sesuatu kerja, most of the time i’ll put my heart and soul to it. 2 tahun lepas, jabatan kami telah berjaya mengadakan satu international conference about our line of work. And me, being the assist. secretary rasa sangat enjoy dengan kerja2 menjayakan conference tu. Dari kerja menghantar brochures promosi, sehingga lah sesak2 nafas menunggu respon, seram2 sejuk menjadi emcee, aku betul2 rasa bertanggungjawab, komited dan excited dengan the whole process. It was a success.

This year, management decided to have the conference again which will be in late October - early Nov. Maka bermula lah episod baru tugasan assist. secretary yang masih juga aku! Tapi kali ini, I’m not excited about it, at all. Aku fikir  maybe kerana tarikhnya yang lebih kurang sebulan sebelum tarikh perkahwinan aku seperti yang dirancang. Tapi bukan kerana itu. Aku tahu membahagi feelings aku, kat mana perlu seronok, kat mana perlu serius.

Sebenarnya aku rasa tak seronok sebab main board comittees itu sendiri yg dah tak best cam dulu. Dulu ramai senior, yang skang dah pun pencen. Dengan org lama ni, memang kadang2 agak payah kita nak follow kepala dorang, tapi dorang ni ade timbang rasa dan lebih pandai appreciate org. Comittees skang ni ok juga, cuma yg tak best ketua aku saje.. yg asyik nak komplen dia banyak keje..dan semua  tugas2an dia, dia pass kat aku. Padahal aku tengok dia buzy sembang ngn org aje. Itulah sebenarnya yang buat aku tak seronok nak buat keje2 utk conference kali ni. Bila dah camni, aku rasa cam nak cepat2 sampai bulan 10 so that i can get it done and over with. Rimassss sangat.

Dan kerana itu, aku kena plan betul2 aktiviti dan persiapan aku. Aku bakal buzy banget selepas pertengahan tahun ini. *Sigh*

UncategorizedFebruary 21, 2007 5:40 am

Pemakaian cawat besi dicadangkan dipraktikkan semula oleh seorang ustaz. Alasannya wanita sekarang banyak terdedah dengan keganasan seksual, rogol samada oleh darah daging sendiri, kenalan, atau orang yg tidak dikenali.

Aku mencari dimana logiknya, wanita kena pakai cawat besi tu. Kenapa wanita kena pakai? kalau dulu wanita yang disuruh pakai oleh suami masing2 utk mengelakkan dari bermain kayu tiga ketika suami jauh mencari rezeki, berjuang etc. Lelaki bermain kayu lima pun takpe kekdahnye?  Yang pelik kenapa wanita selalu dipertanggungjawabkan atas kejadian2 rogol. Ok..wanita memang perlu bertanggungjawab atas keselamatan dirinya. Kalau dia pakai pakaian seksi ya amat, aku boleh terima dia mengundang bala bencana atas diri dia, tapi kebanyakkan kes, takde la seksi mana pun. Yang seksi tu, selalunya dia bagi or dapat free aje, so tidak menjadi soal. Dalam semua hal rogol, yang menjadi mangsa adalah perempuan dari tahap bayi, kanak2, buta, pekak, bisu, cacat, anak sendiri, cucu sendiri, orang tua dan yang melakukannya tetaplah lelaki. So aku rasa yang patut kena pakai cawat tu lelaki la. Simple analogy: Kalau orang tu seorang pencuri, dia yang dihukum penjara, bukan tuan rumah yg kena penjara kerana dicuri atau rumah dia dipenjarakan. Kalau nak suruh wanita pakai cawat besi….  takutkan pagar makan padi..kita potong aje padi tu, so pagar takde chance nak makan padi. Gitu??

Kalau ikut aku.. aku nak cadangkan begini.

Pemakai cawat besi: Lelaki

Had umur: -tiada-

Tahap kesihatan: -tidak relevan-

Pekerjaan: -ape2 aje-

Kunci dipegang oleh: Lelaki berkahwin (isteri atau isteri2)

                                       Lelaki bujang (ibu bapa / penjaga)

 Bolehh??

UncategorizedFebruary 13, 2007 12:26 am

Love me when i’m happy, and even when i’m sad

Love me when i’m good, or when i’m oh so bad

Love me when i’m pretty, or if my face is plain

Love me when i’m feeling good, or when i’m feeling pain.

 

Love me always darlin’, in the rain or shining sun

Love me always darlin’, after all is said and done

Love me always darlin’, until all our life is through

Love me always darlin’, for i’ll be lovin’ you.

UncategorizedFebruary 9, 2007 1:53 am

Kau pernah dengar joke ini?

Seorang accountant muda dan kaya raya yang ingin mencari calon isteri, telah mendapat 3 calon finalist. Untuk melihat sejauh mana cinta wanita2 itu kepadanya dia membuat satu strategi dengan memberikan RM10K untuk melihat apa yang akan dibuat oleh wanita2 tersebut dengan duit itu.

Wanita 1: Telah membuat make over, rambut yg cantik, facial treatment yg menghaluskan kulit wajah, body treatment agar nampak lebih seksi, dan membeli baju2 yg cantik dan menarik. Katanya dia sanggup berhabis utk menarik minat lelaki ini. Si accountant ni pun terharu..

Wanita 2: Shopping hadiah yang mahal2 utk si accountant. Beli set golf, henpon paling mahal, laptop, suit Calvin Klein, jam Tag Heur dan macam2 lagi. Katanya dia sanggup berhabis utk lelaki ni, janji lelaki tu hepiii. Terkasima la jugak mamat tu kan..

Wanita 3: Bijak betul hingga melaburkan duit 10K dalam saham. Saham dia naik dan untung berganda2. Dia pun pulang balik 10K pada mamat accountant dan duit lebih dimasukkan dalam joint account. Katanya dia mahu bina hidup bersama dan mempunyai masa depan yang cerah bersama keluarga nanti. Kagum la mamat tu pada dia..

Setelah dipikir2 akhirnya Si Accountant mendapat jawapan tentang calon yang sesuai. Kau rasa dia pilih sape?? 

He chooses the one who has the biggest breasts of them all.

*sekadar gambar hiasan . Awie & isteri baru, Rozana*

emoticon

UncategorizedFebruary 2, 2007 10:46 am

Seperti Orochi, aku pun sama tertipu dengan Mee Sedap. Teruja dengan iklan (iklan yg lama) mee tersebut, aku sudah check it out. Bawak balik umah dan masak time perut tgh berkeroncong memang amat mengujakan. Tapi bila dah makan.. haiyoooo Tipah Tertipuu.

Rating yg aku boleh bagi? Hampeh! -ve 5 bintang. I wonder kenapa dia bagi nama Mee Sedap sedangkan mee tu langsung tak sedap. Tarak rasa kah?

So, after this i’ll go back to my good old Maggi Mee or Cintan. To Mee Sedap company,  hang boh la kumpulan Dewa ka dok nyanyi lagu mee sedap sekalipun, jgn harap aku beli dah!