Pemakaian cawat besi dicadangkan dipraktikkan semula oleh seorang ustaz. Alasannya wanita sekarang banyak terdedah dengan keganasan seksual, rogol samada oleh darah daging sendiri, kenalan, atau orang yg tidak dikenali.

Aku mencari dimana logiknya, wanita kena pakai cawat besi tu. Kenapa wanita kena pakai? kalau dulu wanita yang disuruh pakai oleh suami masing2 utk mengelakkan dari bermain kayu tiga ketika suami jauh mencari rezeki, berjuang etc. Lelaki bermain kayu lima pun takpe kekdahnye?  Yang pelik kenapa wanita selalu dipertanggungjawabkan atas kejadian2 rogol. Ok..wanita memang perlu bertanggungjawab atas keselamatan dirinya. Kalau dia pakai pakaian seksi ya amat, aku boleh terima dia mengundang bala bencana atas diri dia, tapi kebanyakkan kes, takde la seksi mana pun. Yang seksi tu, selalunya dia bagi or dapat free aje, so tidak menjadi soal. Dalam semua hal rogol, yang menjadi mangsa adalah perempuan dari tahap bayi, kanak2, buta, pekak, bisu, cacat, anak sendiri, cucu sendiri, orang tua dan yang melakukannya tetaplah lelaki. So aku rasa yang patut kena pakai cawat tu lelaki la. Simple analogy: Kalau orang tu seorang pencuri, dia yang dihukum penjara, bukan tuan rumah yg kena penjara kerana dicuri atau rumah dia dipenjarakan. Kalau nak suruh wanita pakai cawat besi….  takutkan pagar makan padi..kita potong aje padi tu, so pagar takde chance nak makan padi. Gitu??

Kalau ikut aku.. aku nak cadangkan begini.

Pemakai cawat besi: Lelaki

Had umur: -tiada-

Tahap kesihatan: -tidak relevan-

Pekerjaan: -ape2 aje-

Kunci dipegang oleh: Lelaki berkahwin (isteri atau isteri2)

                                       Lelaki bujang (ibu bapa / penjaga)

 Bolehh??