UncategorizedMarch 27, 2007 5:00 am

Aku dah balik kg, dah cuti dan dah balik ke sini. Aku dah buat cekodok pisang. Arghhh… bes gile, nyum nyum.

Aku dpt pegi kenduri kawin kawan aku. Sian dia.. 3 tahun lepas dia dah kawin. Tapi suami dia seorang gay, yg diketahui perangainya oleh keluarga belah lelaki tu tapi dikahwinkan jugak dengan harapan dapat dibaik pulih. Sudah nya kawan aku yg bagai nak gile bila tau kisah benar. Sungguh tidak patut buat macam itu. Kawan aku tidak disentuh langsung oleh mamat itu. Setelah melalui trauma, malu, turun naik pej. kadi, dia bercerai dan hidup dlm duka. Sian kawan aku yg cantik dan baik umpama bidadari itu. Tapi kemarin, dia happy. Dia bertemu jodoh lagi. Aku harap dia bahagia kali ini.

Macam2 dunia skang ni kan. Nak kawin bukan takat kena tau org tu anak sape, keje ape, umur bape.. tapi kena selidik juga sexual orientation nya arah mana. Na’uzubillah..

UncategorizedMarch 19, 2007 4:04 am

Tahun lepas aku tak tengok langsung AF4. Best lagi layan World Cup. Sabtu lalu, aku tengok konsert pertama AF5. Umpama rancangan Raja Lawak pulak rasanya. Betapa ah AF telah flourish selama 5 musim ini. Terima kasih Astro kerana buat saya ketawa berdekah2. Mujurlah ada Victoria’s Secret Fashion Show di Star World,  Justin Timberlake buat persembahan dan kelibat Robbie Williams di tepi pentas peragaan lebih mengujakan.

Muzik yang hambar dimainkan dimalam pembukaan pertama musim kelima AF, membuatkan chatters di @15 mengatakan AF5 lemau. Memang lemau. Suara students2 baru yang cuma setanding budak2 sekolah menyanyi dimajlis akhir tahun, karaoke party, cukup membosankan. Why are they in the academy? Sapa yang pilih? Tak tau la camne dipilih. Komen2 dari pengkritik tetap menghangatkan suasana. Kalau nyanyian kali ini tawar, komen2nye pula pedass esp. dari Ogy Ahmad Daud. Sampai ada certain time, aku rasa.. PMS ke ape si Ogy nih?

Minggu lepas aku rasa nak balik kg sangat. Makcik pun called beritau pisang belakang umah dah masak. Aku memang suka kalau balik time pisang masak sebab boleh buat cekodok pisang. Walaupun sebenarnye boleh beli aje dan buat kat sini, tapi kesannya lain kalau buat kat umah mak. Minggu ni aku balik lah. Aku rasa pisang tu sure dah abis. Tapi aku tetap tak sabar nak balik, rasa nye dah tepu kat sini. Emosi, keje, politik opis…. BBBBLLLLLUEKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!

Cepat lah ari Jumaat.

UncategorizedMarch 12, 2007 5:40 am

"Jangan la kak, biarla hati akak tu diletakkan dalam tempat aircond aje, biar sejuk ..biar lembut aje cam selalu". kata A

"Buat ape? buat sakit ati sendiri? elok la jemur tgh panas, biar kering, tak payah susah pikir pasal orang." jawab Aku.

Dah lama tak hujan. Musim panas. Aku nak jemur hati aku tengah panas. Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk buat hati jadi kering.emoticon

UncategorizedMarch 7, 2007 4:35 am

Meniti hari - hari sebelum melangsungkan perkahwinan memang indah. Kita pun hanya melayan perasaan tentang benda2 yang indah saja. Ye lah, yang tak indah belum nampak diruang mata. Banyak juga input yang aku terima tentang perkahwinan dari kawan2. Ada yang buat aku gelak, ade juga yang buat aku sedey, ade yang buat aku terkedu, terkasima dan tak kurang juga kecut perut. Dalam pada itu, input tu sume aku amik jadi pedoman dihari muka.

Kelmarin, L told me about D’s divorce and she said D told her this: Dalam relationship, kau jangan la hidup berpaksikan boyfriend kau, atau suami kau saja. Kau kena berpaksikan Allah.

I got to know from L yang D dulu bukanlah seorang yang kisah sangat tentang solatnya. D pun bahagia masa tu dengan hidupnya yang senang lenang. Sekarang bila D diuji dengan perceraian, melalui hidup yang sukar, ditinggalkan suami begitu saja dengan tanggungan, D cuma mampu mengalirkan airmata yang dah tak cukup utk menangisi semua yang telah terjadi. D cuba menenangkan diri dengan kembali ke tikar sembahyang. Pun begitu D rasa dia tak layak utk meminta lebih2 dari Allah kerana selama ini D telah lupakan Dia. D malu. Skang D cuma minta agar dia diberi kekuatan untuk menjaga solatnya dan mejalani kehidupannya.

Aku terdiam lama. D seorang yang sangatttt cantik dan berjaya. Aku kagumi dia. Aku tak sangka dia akan mengalami takdir begini. Patut la beberapa bulan yang lalu, waktu aku terserempak dengan D, aku lihat dia lain benar, hilang seri.

Aku insaf. Kita memang mencari bahagia. Tapi hidup ini memang akan ada suka dan duka. Kepada Allah jua lah kita meminta, supaya dugaan dapat kita terima dengan lapang dada dan diberi kekuatan untuk meneruskan hidup ini dengan sebaik mungkin seadanya.

UncategorizedMarch 6, 2007 8:16 am

Apa yang anda tidak suka bila blogging:

Hasil tulisan ilang ditelan arus  network down

Hasil tulisan ilang ditelan arus network down

Hasil tulisan ilang ditelan arus network down

Hasil tulisan ilang ditelan arus network down

……

……….

…………..