Tahun lepas aku tak tengok langsung AF4. Best lagi layan World Cup. Sabtu lalu, aku tengok konsert pertama AF5. Umpama rancangan Raja Lawak pulak rasanya. Betapa ah AF telah flourish selama 5 musim ini. Terima kasih Astro kerana buat saya ketawa berdekah2. Mujurlah ada Victoria’s Secret Fashion Show di Star World, Justin Timberlake buat persembahan dan kelibat Robbie Williams di tepi pentas peragaan lebih mengujakan.
Muzik yang hambar dimainkan dimalam pembukaan pertama musim kelima AF, membuatkan chatters di @15 mengatakan AF5 lemau. Memang lemau. Suara students2 baru yang cuma setanding budak2 sekolah menyanyi dimajlis akhir tahun, karaoke party, cukup membosankan. Why are they in the academy? Sapa yang pilih? Tak tau la camne dipilih. Komen2 dari pengkritik tetap menghangatkan suasana. Kalau nyanyian kali ini tawar, komen2nye pula pedass esp. dari Ogy Ahmad Daud. Sampai ada certain time, aku rasa.. PMS ke ape si Ogy nih?
Minggu lepas aku rasa nak balik kg sangat. Makcik pun called beritau pisang belakang umah dah masak. Aku memang suka kalau balik time pisang masak sebab boleh buat cekodok pisang. Walaupun sebenarnye boleh beli aje dan buat kat sini, tapi kesannya lain kalau buat kat umah mak. Minggu ni aku balik lah. Aku rasa pisang tu sure dah abis. Tapi aku tetap tak sabar nak balik, rasa nye dah tepu kat sini. Emosi, keje, politik opis…. BBBBLLLLLUEKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!
Cepat lah ari Jumaat.

af5 mmg tak besh.. sore ntah pape.. hurmm
btw cik lari dok mane eh?
Comment by lindosh — March 19, 2007 @ 5:02 pm
antor kat sh alam sikit pisang tu:>
Comment by LiNaLaNi — March 20, 2007 @ 1:16 am
pisang emas bawa belayar…
bila dah masak..buleh buat cekodok…
hahha:D
Comment by 13may — March 20, 2007 @ 9:37 am
antor ke kolumpo sket pisang tu.. aku nak rasa.. hahaha…
Comment by orochi — March 20, 2007 @ 10:14 am
alalalaa… sian teringin makan cekodok pisang mak buat eh…. ish ish memang sedapppp.. aku pun suka cekodok pisang.. bak kata, makan tak jemu aaahh
Comment by aku ler — March 21, 2007 @ 3:26 am
saya suka lemping pisang
Comment by azer — March 21, 2007 @ 4:46 am
azer–> mcm arwah bapak saya.. sukaaaa bangat lempeng pisang.. sy pun suker.. sedap!letak marjerin lebih sikit…
Comment by aku ler — March 23, 2007 @ 3:09 am
wah cik lari ape macam dgn cekodok pisang belakang umah tu? mesti sedap gile kan….terasa gak nak makan cekodok pisang. AF is nothing pasal ASTRO nak kaut untung je & ia adalah pertandingan mencari sapa paling popular. bagi aku kaedah american idol adalah yg terbaik psl penonton hanya boleh mengundi selepas tamat persembahan bukannya sebelum persembahan. ngarut betoi astro tu gile RM…………
Comment by shahrilaley — March 26, 2007 @ 2:53 am
itu apa brand pisang ah ? Pisang emas ker pisang tanduk ? ada lebih ka ? pass setandan dua sama kami..
Comment by ADIEJIN — March 26, 2007 @ 9:57 am