UncategorizedApril 23, 2007 11:11 am

Jika aku boleh meminta sesuatu sekarang…

aku mahu minta supaya aku tahu siapa kawan dan siapa lawan aku kini? Siapa yang jeles dengan aku? Siapa yang bercakap bohong dengan aku, menutup cerita sebenar, bercerita seolah2 aku tidak tahu apa2? Siapa yang cuba berpura2 dan berahsia dengan aku? Siapa yang sakit hati dengan aku dalam diam? Siapa yang dengki dengan apa yang aku ada?

It’s sickening.

UncategorizedApril 12, 2007 11:08 am

Penat, sungguh aku penat 4 hari ini mengisi borang itu. Tarikh tutup nya 16/4 nanti tapi jabatan aku jadikan 12/4 due date utk submit. Ye la.. bos itu perlu mengejas dan mengomen dan merekemen sebelum antar borang2 tu ke pihak berwajib

Pagi2 ini aku sudah print out 6 salinan. 20 kali aku proof read. Gementar. Semalam pun aku balik 9.30 malam pasal nak menyiapkannya. Dalam pukul 11.30pagi ini, aku rasa lega. Aku sudah submit ke Pej. Ketua. Fuhh kiri, fuhh kanan.. Bismillah.

Doakan murah rezeki aku dapat naik tangga itu ke tingkat atas.emoticon

UncategorizedApril 9, 2007 11:09 am

Setelah aku dpt tau aku bakal dpt imbuhan tu, Aku dapat satu lagi kejutan. Macam Akademia Fantasia pulak kan? Bos bahagian aku pencen last Friday and i’m chosen to be the acting HOD. Hadoiii.. bertambah2 la keje dan kebizian. Kena plak Big Boss suka sgt panggil meeting la, buat itu la ini la. Mati la akuuu!! Dalam pada tu, sempat juga bos lama aku tu bagi nasihat sebelum dia blah, suh aku sabar dan hadapi cabaran. Sebahagian dari aku rasa, aku harus menerima cabaran itu dan cuba melakukan yang terbaik. Aku harus pikirkan kebaikannya utk aku dimasa akan datang. So, pandang lah kehadapan saje. Tapi ade juga sebahagian dari aku yg rasa pening2 lalat, rasa stress takut tak boleh buat kerja2 tu semua. Huwaaaa.. Sleepless aku dibuat nye.

Oh ye, aku pegi tengok Jangan Pandang Belakang last Friday. Huh.. typical Malay movie. Review sket punya dasat. Citer..ala - ala je. Berjaya membuat org rasa seram sikit, but tetap la tipikal. Kalau ikut aku, aku akan kata Jangan Pegi Tengok. Tak rugi.

UncategorizedApril 5, 2007 10:28 am

Aku call mak awal pagi semalam untuk wish her Happy Birthday. Nyanyi Happy Besday kat dia dan dengar dia gelak2. Opismate aku kata, meriah punya kuat. Aku cakap, mak aku dah mula tak dengar. Umur dia dah 70 tahun semalam.

Then aku terima satu surat dan kad jemputan…

"Tahniah diucapkan kepada tuan/puan kerana dipilih menerima Anugerah Khidmat Cemerlang bagi tahun 2006. Sempena dengan ini, tuan/puan akan menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi sebanyak RM1000.00. Sehubungan ini, sukacita tuan/puan dijemput untuk menerima anugerah tersebut di Majlis Penghargaan Perkhidmatan."

Ini bukan cobaaan.. ini betul2 kejadian…emoticon