UncategorizedJanuary 22, 2008 10:23 am

Dah 2 kali kena tag ngn Leen, so i decide to fulfill her request la. Ada banyak cerita nak ditulis tapi masa tidak mengizinkan. Aku ingat tahun ni aku bleh goyang kaki sket, tapi nampaknya tidak kesampaian gitu.Apa2 pun tagging ni membantu gak utk aku hasilkan satu lagi entri.

Tajuk tag Leen adalah Azam. So i copy. I guess azam tahun baru 2008 la tu.

  1. Proposals: Macam2 bende nak kena buat tahun ni. Nak propose dasar baru la, panduan & arahan kerja, etc..
  2. Diet: Aku dengar one deejay radio said this on-air masa new year aritu: "My resolution this year is to lose weight and i’ve been having that resolution since 1998". So,..sendiri mau hengat la kan..
  3. Anak: Heheh.. semua orang dok tanye soklan tu je kat aku skang nih. Kalau ade rezeki,syukurr…
  4. Hobi: Hobi aku skang adalah berkepit ngn Himself jika dia ade.emoticon & Sejak Himself tanam pokok2 serai daun kari pandan dan kunyit dalam pasu2 kat umah tu, aku pun jadi rajin plak nak bercucuk tanam nih ( bila rajin). Selebihnya, aku lepak tengok tv aje la. (bila malas). Dan aku still suka stayback kat opis wat keje.
  5. Wife: I’m a new wife on the block. Setelah 32 thn idup seorang, i’m enjoying it.emoticon Banyak bende yang telah ilang misterinya, bende2 yang membuka mata dan minda, benda yang kena pikir, cuba, buat, praktis. Cabaran, kebahagiaan, tanggungjawab semuanya hadir menambah perisa alam rumahtangga.
UncategorizedDecember 28, 2007 9:11 am

Dah selamat jadi bini orang.emoticon

 Hari ni lari balik KL.

Hmm..lepas New Year sambung citer.

Epi New Year to all.

Moga 2008 lebih membahagiakan!

UncategorizedNovember 14, 2007 1:26 pm

Hari itu sudah semakin dekat. Hari keramat. 16 hari dari hari ini. Aku pun agak kecut perut dah ni. Ada kad jemputan utk kawan2 yang belum abis dihantar. Hantaran yang belum siap. *Sigh* Masa berlalu terlalu cepat. Di ofis keje tak abis2. Selesai conference hari tu, aku ingat boleh relax sikit sebab bos baru pun dah masuk amik tempat dia. Rupanye keje2 bos itu masih harus dibuat oleh aku esp. utk menilai performance staf sepanjang tahun kerana aku yg berada disini, bukan bos baru, jadi aku lebih mengetahui kerja2 staf. Arghhh!!

Hari ini Audit SIRIM pulak. Ingat boleh lepas, bos boleh jawab tapi aku dipanggil jugak. Esok satu hari aku kena siapkan Penilaian keje sorang staf nih. Lepas tu buat aku punye pulak. Next week aku kena evaluate 11 org lagi. Aku rasa nak cuti je awal2.Tapi ape kan daya. Tension betul.

Aku tak sempat nak ke Spa memanjakan diri sebelum big occassion ini padahal aku dah booking seawal bulan 9. Aku tak sangka aku akan buzy sebegini dengan keja lain sewaktu tarikh perkahwinan makin dekat. Aku ada 1 week lagi utk settlekan ape2 yg patut. Lepas tu… aku akan jadi milik orang dan bercuti panjang. Doakan aku..emoticon

UncategorizedOctober 9, 2007 8:53 am

Ya.. Hari Raya bakal menjelang tiba. Tinggal beberapa hari aje. Situasi aku disini: masih juga berlari2 adanya, Gina. emoticon

Debaran conference makin memuncak sebab lepas raya cuma tinggal 1 week aje sebelum ianya berlangsung dan bagi aku kali ini, adalah Ramadhan yang tiada masa nak jalan berlenggang kangkung, ilang mood keje, tido waktu tengah hari dengan jayanya, dll. Kali ini, jalan umpama berlari, mood kena up selalu, marah dah sah kena pendam, tido pun tidak lena. Adoii…

Hari ini baru hari Selasa, how i wish its Thursday coz Thursday ni aku akan balik kg konvoi dengan kawan. Raya kali ini lah aku balik agak lewat, aku balik pada hari yg malamnya akan ada pengumuman esok jadi raya atau tidak. Dan Raya kali ini aku amik cuti paling sikit, 5 hari aje sepanjang 7 tahun keje nih. Kalau tidak..2 minggu dalam tangan babe! Hehe.. Takpe lah, yang penting masa dan tenaga yang berkualiti yang diluangkan bersama keluarga dan rakan yang akan memberi kebahagiaan pada diri.

Dikesempatan ini, diucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca blog. Semoga berbahagia di hari lebaran, hati2 di jalan raya dan kalau makan kuih muih ketupat lemang sedap tu ingat2 la sama kat saya.

UncategorizedSeptember 26, 2007 1:50 pm

Pheww.. mengah nih. Baru aje lepas buka posa kat opis. Kat Opis.. alhamdulillah. Mujur bukan atas jalan.. trapped in traffic jam ye tak.

Harini, buat follow up audit di Engineering campus. Esok dan lusa, kat sini aje. Still, kena prepare, tulis, betulkan.. etc. Department aku punya part dah siap. Esok tunggu close NCR aje la.

Tak cukup dengan itu, keje conference bertimbun2 as the participants are pouring in, takut terlepas early bird rate. Jenuh la menjawab email, surat, phone calls. Grrr… to think that its only 1 month away, buat aku kecut perut. Sampai tak dan nak kecut perut or get excited pikir pasal nak kawen pulak 1 month after that tu.. Hmm..

So help me God.

UncategorizedSeptember 14, 2007 8:48 am

Hari tu aku citer pasal aku nak audit kan. Well, lepas tu.. aku pun pegi la audit. Kecut gak perut aku, ye lah auditor ni kan org selalunya tak suke. Sebab dia cam mencari salah org yg buat keje kat bahagian tu. Tapi aku bukan nak cari salah depa, aku nak depa buat penambahbaikan saja. Itu lah kata2 aku waktu aku memperkenalkan diri pada Ketua bahagian itu yang juga merupakan senior aku yg baik. Aku juga junior dia yang baik juge hehehe..

Audit berlangsung dengan jayanya. Sehari di Kampus Kejuruteraan aku cuma dpt 6 NCR. They were quite organized. Makanan pun sodapppp. Layanan pun kelasss. Tapi NCR tettaaappp lah NCR kan. Balik ke kampus Induk ..pehh sakit pala balik. By the end of the 5th day, in the closing meeting, i spilled out the 21 NCR. Woooo.. aku lah auditor yang korek NCR paling banyak. Haiyooo.. i thought i was the lembab one. Ape2 aje lah.. janji audit dah abis. Department aku sendiri dapat 2 aje.. Yahooo..!!

Selesai audit, start pulak meeting, meeting, meeting.. pasal International Conference yang akan berlangsung pada hujung Oktober nanti, pasal keje. bla bla.. Hmm..

Aku rasa kan sejak aku pakai nama Cik Lari ni..memang aku berkejar2 ke sana kemari.. hihihemoticon.Tapi aku memang menikmati kehidupan.. banyak sungguh pengalaman baru. Best jugak.

Petang ni aku balik kg lagi. Nak berpuasa ngn mak. Sampai hari Ahad.Lepas tu…….balik sini..keje, meeting…etc.

Selamat Berpuasa u ols!

UncategorizedSeptember 4, 2007 2:13 pm

Aku kena pegi KL ada meeting on the 3rd Sept. Flight dah dibooked. Aku amik cuti 30/8 utk balik kg sekali. Sampai KL aku diberitau meeting itu dikensel. Sudah nya kire aku balik kg naik kapal terbang gitu.. cewahh.

Balik semula ke pejabat lepas cuti memang pedih sket. Banyak keje. Kena plak aku disuh jadik internal auditor utk Audit Dalaman kali ini. Tak cukup masa nak baca Arahan keje and prosedur keje dept yang aku kena audit tu. Tgh study lagik sambil menyiapkan dept. sendiri utk di audit… Huwaaaaaaaa. Aku ingat 2 hari aje audit, rupa2nya sampai 5 hari termasuk kampus cawangan sekali.. Phewwww makcik letih dan bakal sakit kepala start Khamis ni sampai Rabu depan.

Sabarrrrr je lah labuuu… emoticon

UncategorizedAugust 20, 2007 9:54 am

Kesibukan seakan sudah menjadi rakan karib.

Sibuk bekerja semasa konvo, melayan orang yang dtg utk konvo sudah berlalu.

Sibuk clear backlog di opis pun berjalan lancar dan berjaya diselesaikan. Sayanggggg staf dept. ni. Muachhhh!

Sibuk kemas rumah lepas dpt barang baru pun dah selesai. Now my place tu is spotlessly clean. Thanx to my 3rd sis yg datang last weekn. Kalau tidak kerana dia, hahah.. umah itu pun bersawang jugak la labuu.. Eh bukan, bukan dia yg tolong kemas. Aku sendiri kemas bak lipas kudung. Kakak aku yg seorang itu amatlah rajinnnnnn dan amat teliti menjaga umah, i.e. mesti bersih, tak de habuk, takde sampah, takde sawang, baju lipat kemas2 disusun..ishh kalau listdown kat sini, mesti tak cukup ruang. Pendek cerita, kerana takutkan leteran dia tu bla bla bla..aku telah kemas umah dengan jayanya .emoticonHihihi.

Sibuk bersedih dan takde mood pun dah takde. Bumi mana yg tak ditimpa ujan, lautan mana yang tak bergelora, alangkan lidah lagi tergeget, ini kan pula ….  emoticon

UncategorizedAugust 14, 2007 12:40 pm

I’m feeling blue.. I dont know what i’ve got my self into..

Bila kita rasa semua nya ok. Mesti lepas tu jadi sesuatu yang tak ok.

emoticon

UncategorizedJuly 4, 2007 5:16 am

Rasa cam dah bersawang pulak blog ni.

Setelah sekian lama tak menulis disini, hari ni dah rasa cam nk kena sawan. Bukan takde keje, tapi Burn out kaedahnya. Masuk bulan Julai ni dah 3 bulan aku tak bercuti tahun sejak April. Dan cuti aku masih lagi berbaki 40 hari. emoticon Cukup untuk membuat kawan2 aku jeles. Heheh.. Oh ye cuma haritu aku kena food poisoning yg teruk (sebenarnye bukan food poisoning, tapi nanti lain kali citer). So sudah nye aku MC 2 hari. Pecah la rekod aku tak pernah MC sejak 6 thn yg lalu. Balik kampung, mak aku pun bagi satu das.. " tu lah susah sangat nak cuti, last2 dpt cuti sakit".. Alahai omak.

Aku dengar aku bakal dapat bos baru tak lama lagi. Aku harap bos itu datang la segera kerana kalau dia tak datang aku pulak rasa nak terbang. Interview kenaikan pangkat hari tu tidak menyebelahi aku. Bukan rezeki aku lagi masa ni. Maybe lain kali.

Takat ni dulu. Kibas2 sawang sapu2 habuk. *Accchuuuummm*